Garden of Praise merupakan blog yang aku dedikasikan khas untuk catatan setiap perkara yang telah Tuhan lakukan untuk diri ini. Tuhan tidak pernah menjauhkan diri - Nya daripada ku, dan begitu besar kasih karunianya kerana Dia sentiasa bersama ku dalam setiap langkah yang aku buat. Kehidupan ini tidaklah sentiasa indah tetapi Tuhan merupakan Bapa yang mendengar ketika aku berseru, Bapa yang selalu memberi ketika aku meminta, Dia membuka pintu ketika aku mengetuk (Lukas 11:9) dan aku berupaya melalui hari - hari dengan aman dan tenang kerana Dia bersertaku (Mazmur 23:4). Aku akan hidup menurut ketetapan - Nya dan mengikuti peraturan - Nya (Yehezkiel 18:9)

Baca:

Lukas 11:9
Oleh karena itu Aku berkata kepadamu: Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu akan dibukakan bagimu.

Mazmur 23:4
Sekalipun aku berjalan dalam lembah kekelaman, aku tidak takut bahaya, sebab Engkau bersertaku; gada - Mu dan tongkat - Mu, itulah yang menghibur aku.

Yehezkiel 18:9
hidup menurut ketetapan - Ku dan tetap mengikut peraturan - Ku dengan berlaku setia - ialah orang benar dan ia pasti hidup. demikianlah firman Tuhan Allah.